Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA HIBURAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1992

Seksyen 16

Kuasa untuk masuk dan menyiasat

(1)

Dato Bandar, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, atau mana-mana orang diberi kuasa boleh, tanpa waran atau notis, memasuki mana-mana tempat hiburan di mana suatu hiburan sedang diadakan atau dicadangkan hendak diadakan, apabila terdapat sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa syarat

Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 15

atau sekatan apa-apa lesen yang diberikan di bawah Akta ini atau peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya tidak dipatuhi, dan boleh membuat apa-apa penyiasatan dan pemeriksaan tempat hiburan itu dan meminta mana-mana orang mengemukakan barang, buku, akaun, tiket atau dokumen atau benda lain dan memberikan apa-apa maklumat yang difikirkan perlu oleh pegawai atau orang itu bagi maksud itu:

Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang tidak memakai uniform yang berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa di bawah seksyen ini hendaklah, apabila diminta, menunjukkan surat kuasa bertulisnya untuk menjalankan kuasa ini kepada mana-mana orang yang meminta, secara sah, supaya surat kuasa itu ditunjukkan.

(2)

Dato Bandar, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, atau mana-mana orang diberi kuasa boleh, supaya dapat masuk ke dalam mana-mana tempat hiburan, memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam tempat hiburan itu atau mana-mana bahagian tempat hiburan itu—

(a)

jika tempat hiburan itu buka, jika dia tidak dapat masuk dengan cara lain setelah mengemukakan surat kuasa bertulisnya dan setelah pemberitahuan maksudnya dan permintaan hendak masuk telah dibuat dengan sewajarnya; atau

(b)

jika tempat hiburan itu tutup dan berkunci, jika dia mempunyai alasan yang kukuh untuk mempercayai bahawa telah berlaku perlanggaran mana-mana syarat atau sekatan lesen yang telah diberikan di bawah Akta ini atau bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan.

Kuasa menutup

Section 16 — AKTA HIBURAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1992