Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Dato Bandar, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, atau mana-mana orang diberi kuasa yang
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 493
diberi kuasa untuk menjalankan kuasa masuk dan menyiasat di bawah seksyen 16 boleh, tanpa menjejaskan penjalanan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen itu, dengan serta-merta mengambil langkah-langkah yang difikirkannya perlu untuk menutup mana-mana tempat hiburan jika dia berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan lesen yang telah diberikan di bawah Akta ini atau bahawa hiburan yang diadakan di dalamnya melanggar apa-apa peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.