Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(1A)
Semua benda yang disifatkan telah terlucut hak di bawah subseksyen (1), boleh dijual oleh Dato Bandar melalui lelongan awam dan hasil daripada penjualan itu hendaklah digunakan bagi pembayaran apa-apa fi yang terhutang oleh pemegang lesen mana-mana tempat hiburan yang dari tempat hiburan itu, benda-benda telah disita dan kos bagi lelongan itu, dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayarkan ke dalam Kumpulan
Wang Disatukan.
(2)
Mana-mana orang yang menuntut bahawa dia adalah pemunya apa-apa jua yang disita di bawah Akta dan bahawa apa-apa jua yang disita itu tidak boleh dilucuthakkan bolehlah, sama ada sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis kepada Dato Bandar bahawa dia menuntut apa-apa yang disita itu.
(3)
Apabila Dato Bandar menerima notis di bawah subseksyen (2), dia boleh mengarahkan supaya benda itu dilepaskan atau supaya perkara itu dirujukkan kepada seorang Majistret.
(4)
Majistret hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang menuntut bahawa dialah pemunya benda yang disita dan orang yang daripadanya benda itu disita hadir dihadapannya, dan apabila mereka hadir atau ingkar hadir, setelah dibuktikan bahawa saman telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila terbukti sesuatu kesalahan telah dilakukan terhadap
Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, hendaklah mengarahkan supaya benda itu dilucuthakkan atau, jika tiada bukti sedemikian, hendaklah mengarahkan supaya ia dilepaskan.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 493
Halangan