Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Mana-mana orang yang—
(a)
menghalang Dato Bandar, mana-mana pegawai polis, atau orang diberi kuasa yang dengan sah menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah seksyen 16 untuk masuk atau memeriksa mana-mana tempat hiburan atau lengah mengemukakan apa-apa barang, buku, akaun, tiket, atau dokumen atau benda lain yang dia telah diminta mengemukakannya oleh Dato
Bandar, pegawai polis, atau orang diberi kuasa itu dan yang dia berkuasa atau sepatutnya berkuasa, dalam perjalanan biasa urusan, mengemukakannya;
(b)
enggan memberikan apa-apa maklumat yang dia dikehendaki memberikannya oleh Dato Bandar, pegawai polis, atau orang diberi kuasa atau yang, apabila dikehendaki memberikan maklumat oleh Dato Bandar, pegawai polis, atau orang diberi kuasa, memberikan maklumat yang palsu atau yang menggelirukan;
(c)
menghalang penyitaan apa-apa dokumen atau apa-apa benda lain di bawah seksyen 21, atau penutupan mana-mana tempat hiburan di bawah seksyen 17; atau
(d)
menghalang atau menggalang Dato Bandar, mana-mana pegawai polis atau mana-mana orang diberi kuasa daripada menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang kepadanya oleh atau di bawah Akta ini, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 21
Liabiliti pengarah, dsb.,