Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA HIBURAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1992

Seksyen 5

(2)

Dato Bandar boleh, mengikut budi bicaranya, memberikan lesen dengan atau tanpa mengenakan apa-apa syarat kepadanya atau enggan memberikan lesen tersebut.

(3)

Jika sesuatu permohonan bagi mendapatkan sesuatu lesen dibenarkan, lesen tersebut hendaklah dikeluarkan apabila dibayar fi yang ditetapkan.

(4)

Tiada lesen hiburan boleh diberikan di bawah Akta ini melainkan suatu lesen telah diperoleh daripada Dato Bandar untuk membuka tempat hiburan di mana hiburan itu akan diadakan.

(5)

Dato Bandar hendaklah membayar masuk semua wang yang dikutip di bawah seksyen ini ke dalam kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan.

Kuasa untuk menghendaki maklumat

Section 5 — AKTA HIBURAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1992