Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
butir-butir mengenai orang yang terlibat dalam penganjuran hiburan itu atau kepentingan yang diwakili oleh orang itu;
(b)
butir-butir mengenai orang yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam hiburan itu atau yang telah mengambil bahagian dalam hiburan itu atau yang
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 493
diundang untuk berbuat demikian dan kepentingan yang diwakili oleh orang itu; dan
(c)
tujuan yang baginya apa-apa keuntungan daripada hiburan itu dicadangkan hendak digunakan atau telah digunakan.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “skrip” berhubungan dengan persembahan sesuatu lakon, ertinya teks lakon itu (sama ada yang dinyatakan dengan perkataan atau simbol muzik atau simbol lain) berserta dengan apa-apa arahan pentas atau arahan lain bagi persembahannya, sama ada terkandung dalam satu dokumen tunggal atau tidak.
(3)
Bagi maksud untuk menimbang sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen untuk membuka tempat hiburan, Dato Bandar boleh menghendaki pemohon membekalkan kepadanya apa-apa maklumat tambahan sebagaimana yang dikehendakinya.
Tempoh lesen