Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Suatu sampel intim—
(a)
seorang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan sesuatu kesalahan;
(b)
orang tahanan; atau
(c)
penagih dadah, boleh diambil bagi analisis forensik DNA hanya jika—
(A)
seseorang pegawai diberi kuasa membenarkan sampel intim itu diambil; dan
(B)
suatu keizinan yang berkenaan dalam borang yang ditetapkan diberi oleh orang yang daripadanya suatu sampel intim akan diambil.
(3)
Tertakluk kepada suatu keizinan yang berkenaan diberikan di bawah subperenggan (2)(B), seseorang pegawai diberi kuasa hanya boleh memberikan kebenarannya di bawah subperenggan
(2)
jika—
(a)
dia mempunyai alasan yang munasabah untuk—
(i)
mengesyaki bahawa orang yang daripadanya suatu sampel intim akan diambil telah melakukan suatu kesalahan; dan
(ii)
mempercayai bahawa sampel itu berkecenderungan untuk mengesahkan atau membuktikan sebaliknya perlakuan kesalahan oleh orang itu;
Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA)
(b)
suatu tangkapan telah dibuat pada atau suatu perintah tahanan telah dibuat terhadap orang tahanan; atau
(c)
suatu perintah atau keputusan telah dibuat menurut Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 terhadap seorang penagih dadah.
(4)
Seorang pegawai diberi kuasa—
(a)
hendaklah memberikan kebenarannya di bawah subseksyen (3) secara bertulis; atau
(b)
jika tidak dapat dilaksanakan untuk mematuhi perenggan (a), boleh memberikan kebenaran itu secara lisan, dalam hal itu dia mestilah mengesahkan kebenaran itu secara bertulis secepat yang mungkin.
(5)
Seseorang yang daripadanya suatu sampel intim diambil adalah berhak kepada maklumat yang diperoleh daripada analisis sampel yang diambil daripadanya.
(6)
Suatu sampel intim hendaklah diambil hanya oleh pegawai perubatan kerajaan.
Pengambilan sampel bukan intim