Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Suatu sampel bukan intim—
(a)
seorang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan sesuatu kesalahan;
(b)
orang tahanan; atau
(c)
penagih dadah, hanya boleh diambil jika seseorang pegawai diberi kuasa membenarkan sampel bukan intim itu diambil.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 699
(3)
Seorang pegawai diberi kuasa hanya boleh memberikan kebenarannya di bawah subseksyen (2) jika—
(a)
dia mempunyai alasan yang munasabah untuk—
(i)
mengesyaki bahawa orang yang daripadanya sesuatu sampel bukan intim akan diambil telah melakukan suatu kesalahan; dan
(ii)
mempercayai bahawa sampel itu berkecenderungan untuk mengesahkan atau membuktikan sebaliknya perlakuan kesalahan oleh orang itu;
(b)
suatu tangkapan telah dibuat atau suatu perintah tahanan telah dibuat terhadap orang tahanan; atau
(c)
suatu perintah atau keputusan telah dibuat menurut Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 terhadap seseorang penagih dadah.
(4)
Seorang pegawai diberi kuasa—
(a)
hendaklah memberikan kebenarannya di bawah subseksyen (2) secara bertulis; atau
(b)
jika tidak dapat dilaksanakan bagi mematuhi perenggan (a), boleh memberikan kebenaran itu secara lisan, dalam hal itu dia mestilah mengesahkan kebenaran itu secara bertulis secepat yang mungkin.
(5)
Seseorang yang daripadanya suatu sampel bukan intim diambil adalah berhak kepada maklumat yang diperoleh daripada analisis sampel yang diambil daripadanya.
(6)
Suatu sampel bukan intim hendaklah hanya diambil oleh—
(a)
seorang pegawai perubatan kerajaan; atau
(b)
seorang pegawai polis atau seseorang ahli kimia.
Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA)
(7)
Jika seseorang yang daripadanya suatu sampel bukan intim hendaklah diambil di bawah Akta ini enggan untuk memberikan sampel itu atau enggan untuk membenarkan sampel itu diambil daripadanya tanpa sebab yang baik atau sampel itu tidak dapat diperoleh walaupun segala usaha yang munasabah diambil, orang itu boleh dibawa di hadapan seorang majistret dan majistret itu boleh, jika berpuas hati bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sampel itu berkecenderungan untuk mengesahkan atau membuktikan sebaliknya perlakuan kesalahan orang itu, memerintahkan orang itu untuk memberikan sampel bukan intimnya.
Sampel diberikan secara sukarela