Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ahli kimia” ertinya mana-mana ahli kimia yang ditempatkan di Jabatan Kimia Malaysia dan termasuklah mana-mana pegawai sains yang ditempatkan di Jabatan Kimia Malaysia;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 699

“analisis forensik DNA” ertinya apa-apa analisis yang dijalankan bagi maksud menentukan identiti seseorang;

“Bank Data DNA” ertinya Bank Data DNA Forensik Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“DNA” ertinya asid deoksiribonukleik;

“keizinan yang berkenaan” ertinya—

(a)

berhubung dengan seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun, keizinan secara bertulis ibu atau bapa atau penjaganya;

(b)

berhubung dengan seseorang yang telah mencapai umur lapan belas tahun, keizinan secara bertulis orang itu;

atau

(c)

berhubung dengan orang yang padanya terdapat keadaan perkembangan fikiran atau badan yang terbantut atau tidak sempurna sama ada keadaan itu wujud daripada sebab yang diwarisi atau disebabkan oleh penyakit atau kecederaan dan seseorang yang tidak berupaya untuk memahami jenis dan kesan am sesuatu analisis forensik DNA atau tidak berupaya untuk menunjukkan sama ada dia mengizinkan atau tidak mengizinkan untuk memberikan sampel intim atau sampel bukan intimnya, keizinan secara bertulis ibu atau bapa atau penjaganya;

“kesalahan” ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa;

“Ketua Bank Data DNA” ertinya Ketua Bank Data DNA Forensik

Malaysia yang dilantik di bawah seksyen 7;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA)

7

“orang tahanan” ertinya seseorang yang ditangkap dan ditahan di bawah *Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah

Jenayah) 1969 [Ord. 5/1969] atau Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316];

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Penguasa Polis;

“pegawai perubatan kerajaan” ertinya pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan awam dan termasuklah seseorang pengamal perubatan berdaftar di mana-mana hospital pelatih perubatan sesuatu universiti yang ditubuhkan di bawah Akta

Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30];

“pegawai polis” ertinya mana-mana anggota Polis Diraja

Malaysia;

“penagih dadah” ertinya seseorang yang tertakluk kepada apa-apa perintah atau keputusan yang dibuat menurut Akta Penagih

Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283];

“profil DNA” ertinya maklumat genetik yang diperoleh daripada suatu analisis forensik DNA;

“sampel bukan intim” ertinya—

(a)

suatu sampel bulu selain bulu ari-ari;

(b)

suatu sampel yang diambil dari kuku atau dari bawah kuku;

(c)

suatu bahan uji yang diambil dari mana-mana bahagian tubuh seseorang selain bahagian yang darinya bahan uji yang diambil akan menjadi sampel intim; atau

(d)

air liur;

*CATATAN—Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 [Ord. 5/1969]

terhenti berkuat kuasa pada 21 Jun 2012 menurut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 699

“sampel intim” ertinya—

(a)

suatu sampel darah, air mani atau apa-apa tisu atau bendalir lain yang diambil dari tubuh, air kencing atau bulu ari-ari seseorang; atau

(b)

suatu bahan uji yang diambil dari mana-mana bahagian genital seseorang (termasuk bulu ari-ari) atau dari lubang badan seseorang selain mulut.

Section 2 — AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009