Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009

Seksyen 3

(2)

Bank Data DNA hendaklah berada di bawah pengurusan, kawalan dan pengawasan Ketua Bank Data DNA.

(3)

Bank Data DNA hendaklah terdiri daripada indeks yang berikut:

(a)

indeks tempat kejadian jenayah yang hendaklah mengandungi profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang dijumpai—

(i)

pada apa-apa benda atau di mana-mana tempat suatu kesalahan dilakukan;

(ii)

pada atau di dalam tubuh mangsa suatu kesalahan;

(iii)

pada apa-apa benda yang dipakai atau dibawa oleh mangsa suatu kesalahan pada masa kesalahan itu dilakukan; atau

(iv)

pada atau di dalam tubuh mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki melakukan suatu kesalahan;

Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA)

(b)

indeks orang yang disyaki yang hendaklah mengandungi profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan dan termasuklah orang yang disyaki yang belum dipertuduh di mana-mana mahkamah bagi apa-apa kesalahan;

(c)

indeks pesalah yang disabitkan yang hendaklah mengandungi profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada orang yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(d)

indeks orang tahanan yang hendaklah mengandungi profil

DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada orang tahanan;

(e)

indeks penagih dadah yang hendaklah mengandungi profil

DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada penagih dadah;

(f)

indeks orang yang hilang yang hendaklah mengandungi profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada—

(i)

tubuh atau bahagian tubuh orang mati yang tidak dapat dikenal pasti;

(ii)

apa-apa benda yang dipakai atau dibawa oleh orang yang hilang itu; atau

(iii)

waris kadim orang yang hilang itu sekiranya dikehendaki; dan

(g)

indeks sukarela yang hendaklah mengandungi profil

DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada orang yang dengan sukarela mengemukakan sampel intim atau sampel bukan intimnya bagi maksud penyimpanan maklumat DNA di dalam Bank Data DNA dan bagi apa-apa maksud lain yang disebut dalam perenggan 15(2)(a).

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 699

Objektif Bank Data DNA

Section 3 — AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009