Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA sebagai Timbalan Ketua Bank Data DNA sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini yang hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Ketua Bank Data DNA dan boleh menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi Ketua Bank Data DNA di bawah Akta ini.
(3)
Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai Bank
Data DNA sebagaimana yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini daripada kalangan pegawai awam yang hendaklah tertakluk kepada kawalan, arahan dan penyeliaan Ketua Bank Data DNA.
(4)
Ketua Bank Data DNA boleh secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan segala atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini kepada Timbalan Ketua Bank Data
DNA atau kepada pegawai Bank Data DNA.
(5)
Suatu pewakilan di bawah subseksyen (4) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Bank Data DNA dan tidak menghalang Ketua Bank Data DNA daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen itu.
Fungsi dan kuasa Ketua Bank Data DNA