Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009

Seksyen 8

(a)

bertanggungjawab bagi penjalanan am, pentadbiran dan pengurusan Bank Data DNA;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 699

(b)

untuk menubuhkan mekanisme untuk memudahkan pengambilan, penyimpanan dan penyebaran data berkaitan dengan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang disimpan di dalam Bank Data DNA;

(c)

untuk memastikan bahawa profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya disimpan dengan selamat dan kekal rahsia;

(d)

untuk menyimpan dan menghapuskan sampel intim dan sampel bukan intim yang diambil bagi maksud analisis forensik DNA mengikut peruntukan Akta ini dan sebagaimana yang ditetapkan;

(e)

untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing mengikut peruntukan Akta ini; dan

(f)

untuk menjalankan apa-apa fungsi lain yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini dan melaksanakan apa-apa fungsi lain yang sebagai tambahan, bersampingan atau berbangkit kepada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam seksyen ini atau yang sejajar dengan objektif

Bank Data DNA.

(2)

Ketua Bank Data DNA hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Pembetulan butir-butir dalam profil dan maklumat DNA

Section 8 — AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009