Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Mahkamah boleh membuat suatu perintah menghendaki supaya langkah-langkah munasabah diambil untuk memberitahu mana-mana pemiutang asing yang alamatnya masih tidak diketahui.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 877
(3)
Pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada pemiutang asing secara individu, melainkan jika
Mahkamah berpuas hati bahawa, di bawah hal keadaan—
(a)
bentuk pemberitahuan yang lain adalah lebih sesuai, termasuk pemberitahuan elektronik atau pemberitahuan dalam talian; atau
(b)
pemberitahuan kepada pemiutang di Malaysia diberikan melalui iklan dalam akhbar tempatan yang dalam hal itu pemberitahuan kepada pemiutang asing yang diketahui boleh diberikan melalui iklan dalam apa-apa akhbar asing sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah bagi memastikan bahawa kandungan pemberitahuan itu sampai kepada perhatian pemiutang asing yang diketahui itu.
(4)
Jika pemberitahuan mengenai hak untuk memfailkan tuntutan diberikan kepada pemiutang asing, pemberitahuan itu hendaklah—
(a)
menyatakan tempoh masa yang munasabah untuk pemfailan tuntutan dan menyatakan tempat pemfailan;
(b)
menunjukkan sama ada pemiutang asing bercagar dikehendaki untuk memfailkan tuntutan bercagarnya; dan
(c)
mengandungi apa-apa maklumat lain yang dikehendaki untuk dimasukkan dalam pemberitahuan itu kepada pemiutang di bawah undang-undang Malaysia dan perintah Mahkamah.