Malaysia legislation

Section 15

of AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026

Seksyen 15

(2)

Suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing hendaklah disertakan dengan—

(a)

suatu salinan diperakui keputusan memulakan prosiding asing itu dan melantik wakil asing itu;

(b)

suatu perakuan daripada mahkamah asing yang mengesahkan kewujudan prosiding asing itu dan pelantikan wakil asing itu; atau

(c)

jika tiada keterangan yang disebut dalam perenggan (a)

dan (b), apa-apa keterangan lain yang boleh diterima oleh Mahkamah mengenai kewujudan prosiding asing itu dan pelantikan wakil asing itu.

(3)

Suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing hendaklah juga disertakan dengan suatu pernyataan yang mengenal pasti semua prosiding asing dan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia berkenaan dengan penghutang yang diketahui oleh wakil asing itu.

(4)

Wakil asing itu hendaklah mengemukakan kepada Mahkamah terjemahan dalam teks bahasa Inggeris bagi dokumen yang dikemukakan selain dalam bahasa Inggeris dalam menyokong permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing dan terjemahan itu hendaklah disertakan dengan suatu perakuan daripada orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu adalah tepat dan benar.

Anggapan pengiktirafan

Section 15 — AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026 | mylaw.my