Malaysia legislation

Section 17

of AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026

Seksyen 17

(2)

Tertakluk kepada seksyen 7, Mahkamah hendaklah mengiktiraf prosiding asing dengan membuat suatu perintah pengiktirafan jika—

(a)

prosiding itu merupakan prosiding asing mengikut pengertian subseksyen 2(1);

(b)

orang atau badan yang memohon bagi pengiktirafan itu merupakan seorang wakil asing mengikut pengertian subseksyen 2(1);

(c)

permohonan itu mematuhi kehendak subseksyen 15(2)

dan (3); dan

(d)

permohonan itu telah dikemukakan kepada Mahkamah yang disebut dalam seksyen 5.

(3)

Prosiding asing itu hendaklah diiktiraf sebagai—

(a)

prosiding utama asing, jika prosiding asing itu dijalankan di Negara asing yang penghutang mempunyai pusat kepentingan utamanya; atau

(b)

prosiding bukan utama asing, jika penghutang itu mempunyai suatu establismen mengikut pengertian subseksyen 2(1) di Negara asing.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini, seksyen 15, 16

atau 18 boleh menghalang pengubahsuaian atau penamatan suatu perintah pengiktirafan, jika ditunjukkan bahawa alasan untuk memberikan perintah pengiktirafan itu secara keseluruhannya atau sebahagiannya tidak mencukupi pada masa pengiktirafan itu diberikan atau secara keseluruhannya atau sebahagiannya tidak lagi wujud.

Insolvensi Rentas Sempadan 19

(5)

Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang wakil asing, seseorang yang terjejas oleh pengiktirafan itu, atau atas usulnya sendiri, mengubah suai atau menamatkan suatu perintah pengiktirafan, sama ada secara keseluruhannya atau bagi suatu tempoh terhad, atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

Maklumat terkemudian

Section 17 — AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026 | mylaw.my