Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Dari masa suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing difailkan dan berterusan selepas itu, wakil asing hendaklah dengan segera memberitahu Mahkamah—
(a)
mengenai apa-apa perubahan substansial dalam status prosiding asing yang diiktiraf atau status pelantikan wakil asing itu; dan
(b)
mengenai apa-apa prosiding asing lain atau prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia mengenai penghutang yang sama yang sampai kepada pengetahuan wakil asing itu.
Relief yang boleh diberikan apabila permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing difailkan