Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(a)
permulaan atau penerusan apa-apa tindakan atau prosiding individu berhubung dengan harta, hak, kewajipan atau liabiliti penghutang hendaklah ditangguhkan;
(b)
apa-apa pelaksanaan terhadap harta penghutang hendaklah ditangguhkan; dan
(c)
apa-apa hak untuk memindahkan, membebankan atau selainnya melupuskan apa-apa harta penghutang hendaklah digantung.
(2)
Penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah—
(a)
mempunyai skop dan kesan yang sama seolah-olah penghutang telah dijadikan subjek suatu perintah penggulungan di bawah Akta Syarikat 2016 atau
Akta Syarikat Labuan 1990; dan
Insolvensi Rentas Sempadan 21
(b)
tertakluk kepada kuasa Mahkamah yang sama dan larangan, had, kekecualian dan syarat yang sama sebagaimana yang akan terpakai di bawah undang-undang Malaysia dalam hal itu, dan peruntukan subseksyen (1) hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
(3)
Tanpa menjejaskan subseksyen (2), penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak menjejaskan hak—
(a)
mana-mana orang untuk mengambil apa-apa langkah untuk menguatkuasakan mana-mana cagaran terhadap harta penghutang;
(b)
mana-mana orang untuk mengambil apa-apa langkah untuk mengambil semula milikan barang dalam milikan penghutang di bawah suatu perjanjian sewa beli sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Sewa Beli 1967
[Akta 212];
(c)
mana-mana orang yang boleh dijalankan di bawah, menurut kuasa, atau berkaitan dengan mana-mana peruntukan undang-undang bertulis sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual; atau
(d)
seseorang pemiutang untuk menolak tuntutannya terhadap tuntutan penghutang, yang merupakan hak yang boleh dijalankan jika penghutang telah dijadikan subjek suatu perintah penggulungan di bawah
Akta Syarikat 2016 atau Akta Syarikat Labuan 1990.
(4)
Perenggan (1)(a) tidak menjejaskan hak—
(a)
untuk memulakan tindakan atau prosiding individu setakat yang perlu untuk memelihara suatu tuntutan terhadap penghutang; atau
(b)
untuk memulakan atau meneruskan apa-apa prosiding jenayah, atau apa-apa tindakan atau prosiding oleh mana-mana orang atau badan yang mempunyai fungsi pengawalseliaan, penyeliaan, penyiasatan atau penguatkuasaan jenis awam jika tindakan atau prosiding itu dibawa dalam menjalankan fungsi itu.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 877
(5)
Subseksyen (1) tidak menjejaskan hak mana-mana orang untuk memohon bagi permulaan, atau selainnya memulakan, prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia, atau hak untuk memfailkan suatu tuntutan dalam prosiding itu.
(6)
Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan kuasa
Mahkamah di bawah subseksyen (2), Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing atau mana-mana orang yang terjejas oleh penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen (1), atau atas usulnya sendiri, mengubah suai atau menamatkan penangguhan dan penggantungan itu atau mana-mana bahagian daripadanya, sama ada secara keseluruhannya atau bagi suatu tempoh terhad, atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
(7)
Dalam seksyen ini, “cagaran” ertinya apa-apa gadaian, lien, gadai janji, sandaran, hipotekasi atau apa-apa cagaran lain yang diiktiraf oleh undang-undang termasuk apa-apa cagaran yang diterima berhubung dengan perkara admiralti di Malaysia.
Relief yang boleh diberikan apabila prosiding asing diiktiraf