Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(a)
menangguhkan permulaan atau penerusan apa-apa tindakan atau prosiding individu berkenaan dengan harta, hak, kewajipan atau liabiliti penghutang, setakat yang tindakan atau prosiding itu tidak ditangguhkan di bawah perenggan 20(1)(a);
(b)
menangguhkan apa-apa pelaksanaan terhadap harta penghutang, setakat yang pelaksanaan itu tidak ditangguhkan di bawah perenggan 20(1)(b);
(c)
menggantung hak untuk memindahkan, membebankan atau selainnya melupuskan apa-apa harta penghutang, setakat yang hak itu tidak digantung di bawah perenggan 20(1)(c);
Insolvensi Rentas Sempadan 23
(d)
untuk pemeriksaan saksi, pengambilan keterangan atau penyampaian atau pengemukaan maklumat berkenaan dengan harta, hal ehwal, hak, kewajipan atau liabiliti penghutang;
(e)
mengamanahkan pentadbiran atau penghasilan keseluruhan atau mana-mana bahagian harta penghutang yang terletak di Malaysia kepada wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah, bagi maksud melindungi dan memelihara nilai harta itu;
(f)
melanjutkan apa-apa relief yang diberikan di bawah subseksyen 19(1); dan
(g)
yang boleh diadakan kepada pemegang jawatan insolvensi
Malaysia di bawah undang-undang Malaysia.
(2)
Jika relief diberikan di bawah perenggan (1)(e) kepada seseorang wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah, Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah itu, jika pengagihan yang dimohon itu melibatkan pemindahan mana-mana harta penghutang kepada mana-mana orang di luar Malaysia, wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah itu hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Mahkamah, dan kebenaran itu hanya boleh diberikan jika Mahkamah berpuas hati bahawa kepentingan pemiutang di Malaysia dilindungi dengan secukupnya.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), sebelum membuat apa-apa perintah untuk memindahkan mana-mana harta penghutang kepada mana-mana orang di luar Malaysia, Mahkamah hendaklah memastikan bahawa wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah telah memperakui atau memberikan suatu jaminan kepada Mahkamah bahawa tuntutan pemiutang di Malaysia, yang hutangnya tidak melebihi nilai ambang sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, telah dipenuhi dan diselesaikan daripada harta yang dimohon untuk dipindahkan itu.
(4)
Dalam memberikan relief di bawah subseksyen (1) kepada wakil asing bagi prosiding bukan utama asing, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa relief itu berkaitan dengan—
(a)
harta yang, di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding bukan utama asing itu; atau
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 877
(b)
maklumat yang dikehendaki dalam prosiding bukan utama asing itu.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam perenggan (1)(a), (b), (c), (e) dan (g), dan subseksyen (2) boleh menjejaskan hak untuk memulakan atau meneruskan apa-apa prosiding jenayah atau apa-apa tindakan atau prosiding oleh mana-mana orang atau badan yang mempunyai fungsi pengawalseliaan, penyeliaan, penyiasatan atau penguatkuasaan jenis awam, jika tindakan atau prosiding itu dibawa dalam menjalankan fungsi itu.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi syarikat, boleh meminda nilai ambang yang disebut dalam subseksyen (3), melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Perlindungan pemiutang dan orang berkepentingan lain