Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Jika prosiding asing dan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia sedang berjalan secara serentak mengenai penghutang yang sama, Mahkamah boleh memohon kerjasama dan penyelarasan di bawah seksyen 25, 26 dan 27, dan perkara yang berikut hendaklah terpakai:
(a)
apabila prosiding di Malaysia sedang berjalan pada masa permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing itu difailkan—
(i)
apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21 hendaklah selaras dengan prosiding di Malaysia; dan
Insolvensi Rentas Sempadan 29
(ii)
jika prosiding asing itu diiktiraf di Malaysia sebagai prosiding utama asing, seksyen 20
tidak terpakai;
(b)
apabila prosiding di Malaysia dimulakan selepas pemfailan suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing atau selepas pengiktirafan diberikan—
(i)
apa-apa relief yang diberikan yang berkuat kuasa di bawah seksyen 19 atau 21 hendaklah dikaji semula oleh Mahkamah dan, jika tidak selaras dengan prosiding di Malaysia, hendaklah diubah suai atau diketepikan;
(ii)
jika prosiding asing itu merupakan prosiding utama asing, penangguhan dan penggantungan di bawah subseksyen 20(1) hendaklah diubah suai atau diketepikan di bawah subseksyen 20(6), jika tidak selaras dengan prosiding di Malaysia; dan
(iii)
apa-apa prosiding yang dibawa oleh wakil asing di bawah subseksyen 23(1) sebelum prosiding di Malaysia dimulakan hendaklah tertakluk kepada kajian semula oleh Mahkamah dan Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai penerusan prosiding itu; dan
(c)
dalam memberikan, melanjutkan atau mengubah suai apa-apa relief yang diberikan kepada seseorang wakil asing bagi prosiding bukan utama asing, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa relief itu berkaitan dengan—
(i)
harta yang, di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding bukan utama asing itu; atau
(ii)
maklumat yang dikehendaki dalam prosiding bukan utama asing itu.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 877
Penyelarasan berkenaan dengan lebih daripada satu prosiding asing