Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Bagi maksud Akta ini, berkenaan dengan lebih daripada satu prosiding asing mengenai penghutang yang sama, Mahkamah boleh memohon kerjasama dan penyelarasan di bawah seksyen 25,
26 dan 27, dan perkara yang berikut hendaklah terpakai:
(a)
apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21
kepada seseorang wakil bagi prosiding bukan utama asing selepas pengiktirafan prosiding utama asing hendaklah selaras dengan prosiding utama asing itu;
(b)
jika prosiding utama asing diiktiraf selepas pemfailan suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding bukan utama asing, apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19
atau 21 hendaklah dikaji semula oleh Mahkamah dan hendaklah diubah suai atau diketepikan jika tidak selaras dengan prosiding utama asing itu; dan
(c)
jika, selepas pengiktirafan prosiding bukan utama asing, prosiding bukan utama asing lain telah diiktiraf, Mahkamah boleh memberikan, mengubah suai atau mengetepikan apa-apa relief bagi maksud memudahkan penyelarasan prosiding-prosiding itu.
Anggapan insolvensi berdasarkan pengiktirafan prosiding utama asing