Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Suatu permohonan bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta tidak akan diluluskan oleh Menteri melainkan jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
pemohon berkebolehan menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta itu;
(b)
pemohon berkebolehan menyediakan pengurusan dan pentadbiran yang berkemampuan dan cekap bagi penjalanan yang sepatutnya akan institusi pendidikan tinggi swasta itu;
(c)
langkah yang mencukupi telah diambil bagi menentukan dan mengekalkan tahap pendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu;
(d)
telah diadakan sistem pengelolaan yang teratur bagi institusi pendidikan tinggi swasta itu serta perlembagaan yang hendaklah diluluskan oleh Ketua Pendaftar dan;
(e)
(Dipotong oleh Akta A1352);
(f)
tiada seorang pun yang telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau seorang bankrap yang belum dilepaskan memegang jawatan sebagai pengarah, pengurus atau setiausaha atau jawatan atau kedudukan lain yang seumpamanya.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
Pemohon hendaklah memastikan pematuhan keperluan apabila kelulusan diberikan