Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(a)
modal terbitan dan berbayarnya hendaklah merupakan suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
(b)
penyertaan ekuiti dan keanggotaan lembaga pengarahnya hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
dan
(c)
tujuan tunggal memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan pemohon hendaklah untuk menubuhkan dan menguruskan institusi pendidikan tinggi swasta dan hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan.
(1A)
Jika pemohon yang berjaya itu merupakan suatu syarikat berhad menurut jaminan, pemohon itu hendaklah memastikan bahawa—
(a)
dana permulaannya hendaklah merupakan suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
(b)
sumber dana permulaannya hendaklah dizahirkan kepada dan diluluskan oleh Menteri;
(c)
keanggotaan lembaga pengarahnya hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan
(d)
tujuan tunggal memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan pemohon hendaklah untuk menubuhkan dan menguruskan institusi pendidikan tinggi swasta dan hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 25
(2)
Jika pemohon yang berjaya bukan suatu syarikat yang diperbadankan di dalam negeri, pemohon hendaklah, dalam masa satu tahun dari diberitahu tentang kelulusan itu, memperbadankan suatu syarikat di dalam negeri.
(3)
Kelulusan bertulis Ketua Pendaftar mengenai memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan yang dicadangkan bagi syarikat yang hendak diperbadankan di dalam negeri hendaklah didapatkan terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat bagi pemerbadanannya.
(4)
Jika pemohon gagal untuk memperbadankan suatu syarikat di dalam negeri dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (2), kelulusan yang diberikan bagi penubuhan suatu institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah disifatkan telah ditarik balik melainkan jika suatu lanjutan masa diberikan oleh Ketua Pendaftar.