Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Permohonan bagi pendaftaran hendaklah dibuat kepada Ketua
Pendaftar—
(a)
dalam masa tiga tahun dari tarikh kelulusan bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta yang diberikan di bawah Bahagian III;
(b)
dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan;
(c)
disertai fi yang ditetapkan;
(d)
bersekali dengan struktur fi yang menyeluruh yang hendak dikenakan ke atas pelajar mengenai setiap kursus pengajian; dan
(e)
apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pendaftar.
(3)
Jika institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak didaftarkan dalam masa yang dinyatakan dalam perenggan (2)(a), maka kelulusan yang diberikan bagi penubuhannya di bawah Bahagian III hendaklah disifatkan ditarik balik melainkan jika lanjutan masa diberikan oleh
Menteri.
(4)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pendaftaran dan sebelum ia ditentukan, Ketua Pendaftar boleh, melalui notis bertulis, menghendaki institusi pendidikan tinggi swasta itu memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(5)
Kehendak di bawah subseksyen (4) boleh berbeza antara perihalan yang berlainan institusi pendidikan tinggi swasta.
(6)
Permohonan pendaftaran boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia dibenarkan atau ditolak.
(7)
Tertakluk kepada subseksyen (3), jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4)
tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu atau lanjutan masa, permohonan itu—
(a)
hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan
(b)
tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan institusi pendidikan tinggi swasta itu untuk membuat permohonan baru.
(8)
Ketua Pendaftar boleh menolak untuk meneruskan sesuatu permohonan dan boleh meminta supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dan mengemukakannya semula atau mengemukakan suatu permohonan baru bagi menggantikannya jika—
(a)
borang permohonan yang ditetapkan tidak dilengkapkan dengan sempurna disebabkan oleh apa-apa peninggalan atau salah perihalan;
(b)
borang permohonan mengandungi kesalahan atau pengubahan; atau
(c)
permohonan itu tidak mematuhi apa-apa keperluan yang ditetapkan.
(9)
Ketua Pendaftar boleh, apabila permohonan bagi pendaftaran dibuat dengan sewajarnya dan selepas apa-apa penyiasatan yang difikirkannya perlu—
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 35
(a)
mendaftarkan dan mengeluarkan perakuan pendaftaran kepada institusi pendidikan tinggi swasta itu setelah dibayar fi yang ditetapkan; atau
(b)
menolak permohonan itu.
(10)
Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu atas pendaftaran.
(11)
Institusi pendidikan tinggi swasta yang terkilan dengan keputusan Ketua Pendaftar—
(a)
menolak permohonan pendaftaran; atau
(b)
mengenakan apa-apa syarat di bawah subseksyen (10), boleh merayu kepada Menteri, dalam masa dua puluh satu hari daripada diberitahu tentang keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat.
(12)
Jika terdapat rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (11),
Ketua Pendaftar hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada
Menteri alasan keputusannya.
Pembaharuan pendaftaran