Malaysia legislation
Section 24A
Seksyen 24A
(2)
Mana-mana permohonan bagi pembaharuan pendaftaran yang tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) tetapi dibuat sebelum habis tempoh pendaftaran itu hendaklah tertakluk kepada suatu bayaran penalti sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar.
(3)
Tiada permohonan bagi pembaharuan pendaftaran boleh dipertimbangkan jika permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh pendaftaran itu.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(4)
Ketua Pendaftar hendaklah memperbaharui sesuatu pendaftaran jika pemohon telah mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Ketua
Pendaftar di bawah subseksyen 24(10), dan Ketua Pendaftar boleh mengenakan syarat baharu atau mengubah, membatalkan, meminda atau menambah kepada mana-mana syarat yang dikenakan apabila memperbaharui sesuatu pendaftaran.
(5)
Sesuatu pembaharuan pendaftaran hendaklah tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan.
Daftar institusi pendidikan tinggi swasta