Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 37

(a)

telah bertindak atau bercadang untuk bertindak secara yang tidak munasabah berkenaan dengan penjalanan kuasa yang

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

diberikan atau penunaian kewajipan yang dikenakan di bawah Akta ini; atau

(b)

telah tidak menunaikan kewajipan yang dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini,

Ketua Pendaftar boleh selepas memberikan ketua eksekutif itu peluang untuk membuat representasi—

(aa) memberikan kepada ketua eksekutif arahan secara bertulis tentang penjalanan kuasanya atau penunaian kewajipannya sebagaimana yang didapati suai manfaat oleh Ketua Pendaftar; atau

(bb) mengkanselkan pendaftaran ketua eksekutif.

(2)

Ketua Pendaftar hendaklah memberikan ketua eksekutif notis secara bertulis tentang keputusannya untuk mengkanselkan pendaftaran ketua eksekutif itu di bawah perenggan (1)(bb) dan keputusan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepada ketua eksekutif itu.

(3)

Jika ketua eksekutif terkilan dengan keputusan Ketua Pendaftar di bawah perenggan (1)(bb), dia boleh, merayu secara bertulis kepada

Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahukan keputusan yang dirayukan itu.

(4)

Jika pada bila-bila masa, suatu institusi pendidikan tinggi swasta, tidak mempunyai ketua eksekutif yang dilantik di bawah Akta ini maka Ketua Pendaftar boleh melantik mana-mana orang sebagai ketua eksekutif bagi tempoh sementara sehingga institusi pendidikan tinggi swasta itu melantik ketua eksekutifnya sendiri.

(5)

Tempoh sementara di bawah subseksyen (4) tidak boleh melebihi tiga bulan dan orang yang dilantik sedemikian—

(a)

tidak perlu didaftarkan; dan

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 45

(b)

hendaklah dibayar gaji dan saraannya oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu, dalam amaun yang ditentukan

Ketua Pendaftar.

(6)

Jika selepas tempoh sementara dalam subseksyen (4) habis, institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak melantik seorang ketua eksekutif, maka pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu boleh dikenselkan oleh Ketua Pendaftar.

Section 37 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996