Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(a)
boleh mengendalikan sesuatu kursus pengajian atau program latihan;
(b)
boleh mengendalikan sesuatu kursus pengajian atau program latihan secara bersesama atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan mana-mana Universiti,
Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, sama ada awam atau swasta, atau badan profesional, di dalam atau di luar Malaysia.
(1A)
Tiada kursus pengajian atau program latihan boleh dikendalikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta melainkan jika institusi pendidikan tinggi swasta itu telah didaftarkan di bawah seksyen 24.
(2)
Institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Keengganan memberikan kelulusan