Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(a)
syarat-syarat yang berhubungan dengan keperluan untuk kemasukan pelajar;
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 47
(b)
apa-apa fi yang ditetapkan; dan
(c)
apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
(1A)
Ketua Pendaftar boleh menyampaikan kepada suatu institusi pendidikan tinggi swasta notis tentang niat untuk membatalkan kelulusan di bawah seksyen 38 jika dia berpuas hati bahawa institusi itu telah melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1).
(1B)
Institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis tentang niat itu disampaikan kepada institusi itu.
(1C)
Selepas habis tempoh dua puluh satu hari itu, Ketua Pendaftar hendaklah mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen (1B), jika ada, dan hendaklah memutuskan sama ada—
(a)
untuk meneruskan dengan tindakan yang dicadangkan;
(b)
untuk tidak mengambil tindakan lanjut;
(c)
untuk menambah, meminda atau mengubah syarat-syarat kelulusan itu; atau
(d)
untuk mengeluarkan suatu amaran.
(1D)
Jika Ketua Pendaftar meneruskan untuk membatalkan kelulusan bagi pengendalian suatu kursus pengajian di bawah perenggan (1C)(a), dia hendaklah memberitahu institusi pendidikan tinggi swasta itu secara bertulis dengan memberikan alasan bagi keputusannya itu.
(1E)
Institusi pendidikan tinggi swasta yang kelulusan pengendalian kursus pengajiannya telah dibatalkan oleh Ketua Pendaftar boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahukan keputusan yang dirayukan itu.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(1F)
Ketua Pendaftar boleh menambah, meminda, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang disebut dalam subseksyen (1)
sebagaimana yang difikirkannya patut;
(1G)
Institusi pendidikan tinggi swasta boleh memohon kepada
Ketua Pendaftar untuk pindaan atau pengubahan mana-mana syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (1); dan
(1H)
Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1G) boleh dibuat dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan.
(2)
Jika sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta melanggar syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), ia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan