Malaysia legislation

Section 40A

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 40A

Pendaftar boleh mengenakan—

(2)

Mana-mana permohonan bagi pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan yang tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada suatu bayaran penalti sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar.

(3)

Ketua Pendaftar hendaklah memperbaharui sesuatu kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan jika pemohon telah mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Ketua

Pendaftar di bawah subseksyen 40(1).

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 49

(4)

Ketua Pendaftar boleh mengenakan syarat baharu atau meminda, membatalkan, mengubah atau menambah kepada mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 40(1) apabila memperbaharui sesuatu kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan.

(5)

Sesuatu pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan hendaklah tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan.

Bahasa pengantar

Section 40A — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996