Malaysia legislation

Section 41

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 41

(2)

Kursus pengajian di bawah subseksyen (1) adalah termasuk mata pelajaran yang dikehendaki supaya diajar di bawah seksyen 43.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu institusi pendidikan tinggi swasta boleh mengendalikan sesuatu kursus pengajian dalam apa-apa bahasa lain yang difikirkannya sesuai tertakluk kepada kelulusan

Menteri.

(4)

Jika mana-mana kursus pengajian atau sebahagian yang substansial mana-mana kursus pengajian di mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta dikendalikan dalam apa-apa bahasa selain bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai suatu mata pelajaran wajib bagi pelajar yang mengikuti kursus pengajian sedemikian dalam bahasa itu.

(5)

Dalam hal pelajar yang disebutkan dalam subseksyen (4) yang merupakan warganegara Malaysia, suatu pencapaian dalam bahasa kebangsaan, pada tahap yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar, hendaklah menjadi pra-syarat bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah institusi pendidikan tinggi swasta itu atau mana-mana

Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, sama ada awam atau swasta, atau badan profesional, di dalam atau di luar

Malaysia, berikutan kursus pengajian atau program latihan yang

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

dikendalikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu secara bersesama atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan

Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi atau badan profesional itu.

(6)

Ketua Pendaftar boleh mengecualikan mana-mana pelajar yang telah mencapai suatu tahap pencapaian yang tertentu dalam bahasa kebangsaan daripada kehendak subseksyen (4).

(7)

Peruntukan subseksyen (4) tidaklah terpakai bagi pelajar yang bukan warganegara Malaysia yang mengikuti kursus pengajian itu.

Kuasa Menteri untuk mengarahkan supaya bahasa kebangsaan digunakan

Section 41 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996