Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 46

(1A)

Pihak berkuasa disiplin hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana kaedah-kaedah tatatertib yang boleh dibuat oleh institusi pendidikan tinggi swasta.

(2)

Pada menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa disiplin hendaklah mematuhi dan melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa berkenaan dengan disiplin dan kelakuan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(2A)

Pihak berkuasa disiplin boleh mewakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana pekerja institusi pendidikan tinggi swasta yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pelajar, berkenaan dengan mana-mana pelajar tertentu atau mana-mana golongan atau kategori pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(3)

Pihak berkuasa disiplin hendaklah memberitahu pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu secara bertulis alasan bagi tindakan tatatertib yang dicadangkan diambil terhadapnya dan hendaklah memberikannya peluang yang munasabah untuk didengar.

(4)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja atau pelajar lain institusi pendidikan tinggi swasta itu dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 53

(5)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis atau lisan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.

(6)

Keputusan pihak berkuasa disiplin dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadap seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu.

(7)

Mana-mana pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa disiplin di bawah subseksyen (6) boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu, mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Ketua Pendaftar.

(8)

Ketua Pendaftar boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan suatu rayuan di bawah subseksyen (7), melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada dua atau lebih orang untuk menimbangkan rayuan itu dan membuat apa-apa cadangan kepada

Ketua Pendaftar dalam masa empat belas hari dari tarikh pelantikannya.

(9)

Dalam mengemukakan rayuannya, seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis kepada Ketua Pendaftar.

(10)

Ketua Pendaftar hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan rayuan di bawah subseksyen (7) atau tarikh penerimaan cadangan di bawah subseksyen (8), mengikut mana-mana yang berkenaan, memutuskan rayuan itu.

(11)

Keputusan Ketua Pendaftar mengenai sesuatu rayuan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusannya.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

Section 46 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996