Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(2)
Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta tidak boleh —
(a)
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(b)
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dan dinyatakan secara bertulis kepada ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta itu oleh Ketua Pendaftar sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu.
(c)
(Dipotong oleh Akta A1583).
(3)
Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap —
(a)
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(b)
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dan dinyatakan secara bertulis kepada ketua eksekutif institusi pendidikan
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 55
tinggi swasta itu oleh Ketua Pendaftar sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta tidak boleh dihalang daripada—
(a)
membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
(b)
menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar di bawah perenggan (3)(b) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu.
(5)
Ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mematuhi arahan Ketua Pendaftar dalam mengawal selia aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar institusi pendidikan swasta di dalam Kampus.
(6)
Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak mematuhi arahan Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Tanggungan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar