Malaysia legislation

Section 48A

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 48A

(a)

dia boleh, mengikut budi bicara ketua eksekutif, digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan

(b)

jika digantung sedemikian, dia tidak boleh semasa prosiding jenayah belum selesai, berada dalam atau memasuki institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(2)

Jika seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar di bawah subseksyen (1)

disabitkan atas kesalahan itu, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(3)

Jika seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(4)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, atau dipenjarakan atau ditahan bagi apa-apa jua sebab, boleh, dengan persetujuan Ketua Pendaftar, dibenarkan untuk menduduki

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 57

peperiksaan institusi pendidikan tinggi swasta itu tertakluk kepada apa-apa perintah yang dibuat atau kelulusan yang diberikan oleh

Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa lain, mengikut kehendak keadaan.

(5)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang digantung daripada menjadi pelajar institusi pendidikan tinggi swasta di bawah subseksyen (1) boleh, semasa dia digantung sedemikian, diterima masuk sebagai pelajar mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkan di bawah Akta ini dengan kelulusan bertulis

Ketua Pendaftar, dan jika Ketua Pendaftar memberikan kelulusan itu,

Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(6)

Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang terhenti menjadi seorang pelajar di bawah Akta ini boleh diterima masuk sebagai pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu atau mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta lain yang ditubuhkan di bawah

Akta ini dengan kelulusan bertulis Ketua Pendaftar, dan jika Ketua

Pendaftar memberi kelulusan itu, Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(7)

Jika penentuan mana-mana permohonan, rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah berkenaan dengan mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta bagi suatu kesalahan boleh daftar, berkeputusan dengan pelepasan atau pembebasannya, pelajar itu, jika digantung daripada institusi pendidikan tinggi swasta atau telah menjalani apa-apa tempoh pemenjaraan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(8)

Jika penentuan mana-mana permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa berkenaan dengan perintah tahanan terhadap atau perintah yang mengenakan sekatan ke atas seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

keselamatan dalam negeri, berkeputusan dengan pelepasannya atau sekatannya dibatalkan, pelajar itu hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di institusi pendidikan tinggi swasta itu.

Kuasa

Ketua

Pendaftar untuk mengeluarkan arahan menggantung atau membubarkan persatuan pelajar, dsb.

Section 48A — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996