Malaysia legislation

Section 49

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 49

(a)

jika pertubuhan, persatuan, organisasi, badan atau kumpulan itu dikendalikan mengikut cara yang difikirkan oleh Ketua Pendaftar sebagai memudaratkan atau menjejaskan—

(i)

keselamatan dan keamanan Malaysia;

(ii)

ketenteraman awam; atau

(iii)

kepentingan pelajar; atau

(b)

jika pertubuhan, persatuan, organisasi, badan atau kumpulan itu melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis.

(2)

Ketua Pendaftar tidak boleh memberikan arahan di bawah subseksyen (1) sehinggalah selepas dia menimbang telitikan representasi yang dibuat oleh pertubuhan, persatuan, organisasi, badan atau kumpulan itu.

(3)

Ketua eksekutif hendaklah mengambil tindakan serta-merta untuk melaksanakan arahan Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1), dan hendaklah dalam masa dua puluh satu hari, memberitahu Ketua

Pendaftar tentang apa-apa tindakan sedemikian yang telah diambil olehnya.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 59

(4)

Jika arahan Ketua Pendaftar di bawah seksyen ini tidak dipatuhi,

Ketua Pendaftar boleh mengkensel pendaftaran ketua eksekutif itu.

(5)

Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang terkilan dengan penggantungan atau pembubaran yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan notis penggantungan atau pembubaran itu, merayu secara bertulis kepada Menteri.

Section 49 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996