Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
(2)
Permohonan permit mengajar di bawah Akta ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan dan selepas membayar fi yang ditetapkan.
(3)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan bagi mendapatkan permit mengajar dan sebelum ia ditentukan, Ketua
Pendaftar boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki pemohon memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan, yang boleh dibezakan bergantung kepada mata pelajaran yang berlainan yang hendak diajar oleh pemohon.
(4)
Ketua Pendaftar boleh, selepas melakukan apa-apa penyiasatan yang difikirkannya perlu mengenai permohonan bagi mendapatkan permit mengajar—
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(a)
mengeluarkan permit mengajar dalam bentuk yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan kepada orang yang memohon permit itu, dan selepas orang itu membayar fi yang ditetapkan; atau
(b)
menolak permohonan itu.
(4A)
Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkannya patut semasa mengeluarkan permit di bawah subseksyen (4).
(5)
Suatu permit mengajar hendaklah menyatakan bidang atau bidang-bidang pengajian yang boleh diajar oleh orang yang kepadanya permit mengajar itu dikeluarkan.
(6)
Seseorang yang terkilan dengan keputusan Ketua Pendaftar—
(a)
menolak permohonan itu; atau
(b)
mengenakan syarat atas permit itu, boleh merayu kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari daripada diberitahu tentang keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat.
(7)
Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar guru dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar.
(8)
Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar guru melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 61
Kuasa Ketua Pendaftar untuk tidak mengeluarkan dan membatalkan permit mengajar