Malaysia legislation

Section 52

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 52

(a)

tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar, atau mempunyai kelayakan yang pada pendapat Ketua

Pendaftar tidak mencukupi bagi maksud itu;

(b)

membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkaitan dengan permohonannya bagi mendapatkan permit mengajar atau telah dengan sengaja menyembunyikan suatu fakta material;

(c)

mengalami kecacatan fizikal atau mental atau penyakit yang menjadikannya seorang yang tidak sesuai untuk mengajar;

(d)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (bagi kesalahan itu sendiri atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)

selama lebih daripada dua tahun; atau

(e)

atas apa-apa sebab, bukan seorang yang layak dan sesuai untuk mengajar.

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

(2)

Jika Ketua Pendaftar enggan mengeluarkan permit mengajar atau membatalkan permit mengajar, dia hendaklah memberitahu orang yang memohon permit itu dan orang yang permitnya dibatalkan itu, melalui notis secara bertulis, tentang keengganan atau pembatalan itu, dengan menyatakan alasan keengganan atau pembatalan itu.

(3)

Seseorang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Ketua

Pendaftar di bawah seksyen ini boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari dimaklumkan tentang keputusan itu, merayu kepada Menteri.

Hak untuk membuat representasi hendaklah diberikan dan alasan tambahan bagi pembatalan

Section 52 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996