Malaysia legislation

Section 68

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 68

Jika seseorang pegawai penyiasat mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa disebabkan kelengahan mendapatkan waran geledah di bawah seksyen 67 maka—

(a)

penyiasatan itu akan terjejas;

(b)

tujuan kemasukan itu mungkin terkecewa;

(c)

buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan, atau apa-apa benda lain yang dicari, sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik, mungkin dialihkan atau diganggu; atau

(d)

keterangan yang dicari mungkin diganggu atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan, di dalam dan berkenaan dengan premis itu, segala kuasa yang disebut dalam seksyen 67 secara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat sedemikian melalui waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Kuasa untuk mengunci

Section 68 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996