Malaysia legislation

Section 69

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 69

(a)

tanpa diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini; atau 76 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

(b)

dengan melanggar apa-apa syarat yang dikenakan oleh

Menteri atau Ketua Pendaftar, maka pegawai penyiasat itu boleh dengan serta-merta mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengunci institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(2)

Orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat yang telah dikunci itu sebagai institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah—

(a)

dalam masa dua puluh satu hari dari penguncian itu mengemukakan kepada Ketua Pendaftar perakuan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu; dan

(b)

menanggung apa-apa kos yang dilakukan berbangkit daripada tindakan itu.

(3)

Kunci itu hendaklah dibuka jika—

(a)

orang itu mematuhi keperluan subseksyen (2); atau

(b)

perintah mahkamah didapatkan terhadap orang itu untuk berhenti daripada menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai institusi pendidikan tinggi swasta, mengikut mana-mana satu yang lebih awal.

(4)

Pegawai penyiasat yang melakukan tindakan di bawah seksyen ini tidak bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan yang sedemikian atau kerosakan pada rumah, bangunan, premis atau tempat yang dikunci di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu telah dilakukan dengan sengaja.

(5)

Apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain tidak menghalang pendakwaan terhadap mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai institusi pendidikan tinggi swasta secara yang berlawanan dengan Akta ini.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 77

Kuasa untuk memanggil bagi tujuan pemeriksaan

Section 69 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996