Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 6

(2)

Permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar—

(a)

dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan;

(b)

disertai fi yang ditetapkan;

(c)

dengan mengemukakan bersekali dengan permohonan itu—

(i)

pelan menyeluruh bagi penubuhan dan penyenggaraan institusi pendidikan tinggi swasta yang dicadangkan yang hendaklah termasuk kursus pengajian yang dicadangkan;

(ii)

salinan draf perlembagaan institusi pendidikan tinggi swasta yang dicadangkan; dan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

(iii)

dokumen-dokumen yang berikut:

(aa) suatu salinan dokumen konstituennya, yang ditentusahkan dengan sewajarnya melalui akuan berkanun yang dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa bagi pemohon; dan

(bb) suatu salinan kunci kira-kira teraudit, akaun untung dan rugi dan laporan yang terbaru jika ada, oleh juruaudit dan pengarah pemohon, jika berkenaan; dan

(d)

apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain sebagaimana yang diminta oleh Ketua Pendaftar bagi maksud menentukan permohonan dan kesesuaian pemohon.

(3)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dan sebelum ia ditentukan oleh Menteri, Ketua Pendaftar boleh melalui notis secara bertulis menghendaki pemohon memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.

(4)

Perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) boleh berbeza antara pemohon, kelas, kategori atau perihalan pemohon yang berlainan.

(5)

Permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia diluluskan atau ditolak.

(6)

Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah perenggan (2)(d) atau subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan atau lanjutan masa yang diberikan baginya, maka permohonan itu—

(a)

hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan

(b)

tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan hak pemohon membuat permohonan baru.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 21

Kepentingan lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon

Section 6 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996