Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Tanpa menjejaskan seksyen 6, pemohon hendaklah menzahirkan atau memberikan dalam permohonannya maklumat berkenaan dengan—
(a)
mana-mana kelulusan lain yang telah diberikan kepada pemohon di bawah Akta ini;
(b)
apa-apa kepentingan kewangan walau apa jua pun yang dipunyai oleh pemohon dalam perniagaan mana-mana orang atau syarikat lain yang mengadakan atau menguruskan institusi pendidikan tinggi sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(c)
apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh orang lain dalam perniagaan pemohon dan dalam hal pemohon yang merupakan syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain untuk menamakan pengarah syarikat pemohon;
(d)
urusan perniagaan lain pemohon; dan
(e)
apa-apa kepentingan kewangan walau apa jua pun atau hak yang dipunyai oleh orang atau syarikat lain dalam urusan perniagaan yang lain pemohon.
Ketua Pendaftar hendaklah membuat syor kepada Menteri