Malaysia legislation
Section 80
Seksyen 80
Mana-mana—
(a)
orang yang, sebagai pemunya atau penghuni mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat, telah tidak mengambil langkah yang munasabah untuk mengelakkan rumah, bangunan, premis atau tempat itu daripada digunakan sebagai institusi pendidikan tinggi swasta secara yang berlawanan dengan Akta ini; atau 84 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(b)
institusi pendidikan tinggi swasta yang digunakan—
(i)
bagi apa-apa aktiviti atau maksud yang tidak sah;
atau
(ii)
bagi apa-apa aktiviti atau maksud sesuatu organisasi, pertubuhan atau kumpulan orang yang tidak sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan dan penalti berhubungan dengan perakuan pendaftaran dan perbuatan mengajar di institusi pendidikan tinggi swasta