Malaysia legislation

Section 81

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 81

(a)

sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta tidak menyebabkan dipamerkan salinan perakuan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu mengikut subseksyen 26(2);

(b)

apabila sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta ditutup, ketua eksekutif itu tidak memulangkan kepada Ketua

Pendaftar perakuan pendaftarannya dan perakuan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu;

(c)

mana-mana orang bekerja atau menjadi guru di institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini;

(d)

ketua eksekutif sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta tidak didaftarkan di bawah Akta ini;

(e)

seseorang mengajar di institusi pendidikan tinggi swasta tanpa permit mengajar; atau

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 85

(f)

sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta mengambil kerja seorang ketua eksekutif yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini atau seorang guru yang tidak dikeluarkan kepadanya permit mengajar di bawah Akta ini, maka institusi pendidikan tinggi swasta atau ketua eksekutif atau orang itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.

(2)

Dalam hal suatu kesalahan di bawah perenggan (1)(c)

hingga (f), adalah menjadi suatu pembelaan bagi seseorang atau seseorang ketua eksekutif atau sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta jika dia atau ia membuktikan bahawa setelah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang sedemikian—

(a)

orang atau ketua eksekutif itu tidak tahu atau tidak mempunyai apa-apa alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak diluluskan atau didaftarkan; atau

(b)

institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak tahu atau tidak mempunyai apa-apa alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa—

(i)

ketua eksekutif itu tidak didaftarkan sedemikian;

atau

(ii)

orang itu tidak mempunyai permit mengajar.

Penalti am

Section 81 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996