Malaysia legislation

Section 84

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 84

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

(a)

mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan merupakan pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b)

tiap-tiap pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, yang dalam apa-apa cara, melalui perbuatan atau peninggalan secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan atau menjadi pihak dalam pelakuan kesalahan itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu,

CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu ringgit”- lihat Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan)

2017 [Akta A1535].

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 87

melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah atau bahawa dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku.

Tanggungan pengarah syarikat, dsb., bagi kesalahan yang dilakukan oleh institusi pendidikan tinggi swasta

Section 84 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996