Malaysia legislation
Section 85
Seksyen 85
(a)
ialah anggota lembaga pengarah;
(b)
ialah pengurus;
(c)
ialah setiausaha;
(d)
memegang jawatan atau kedudukan yang serupa dengan pengurus atau setiausaha syarikat yang menubuhkan institusi pendidikan tinggi swasta itu;
(e)
ialah ketua eksekutif;
(f)
ialah kerani;
(g)
ialah pekhidmat;
(h)
ialah ejen; atau
(i)
ialah seorang yang berupa bertindak atas apa-apa kapasiti dalam perenggan (1)(a) hingga (h), atau dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal institusi pendidikan tinggi swasta itu, atau membantu dalam pengurusan itu,
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
institusi pendidikan tinggi swasta itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu.
(2)
Maka hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana orang yang didakwa menurut subseksyen (1) jika dia membuktikan—
(a)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya; atau
(b)
bahawa dia telah—
(i)
mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah; dan
(ii)
menjalankan segala usaha yang wajar, bagi mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku, sebagaimana yang sepatutnya diambil dan dijalankan olehnya, dengan mengambil kira sifat fungsinya dalam kapasiti itu dan segala hal keadaan.
(3)
Institusi pendidikan tinggi swasta yang boleh dikenakan hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan hendaklah bertanggungan bagi hukuman atau penalti yang sama bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan sedemikian yang dilakukan oleh—
(a)
ejen yang bertindak bagi pihaknya; atau
(b)
kerani atau pekhidmat yang bertindak semasa dalam pengajian institusi pendidikan swasta itu.
(4)
(Dipotong oleh Akta A1352).
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 89
Kuasa untuk mengkompaun