Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
(2)
Tawaran bertulis hendaklah dibuat kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua
Pendaftar apa-apa jumlah wang yang dinyatakan, yang tidak melebihi lima puluh peratus denda maksimum yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(3)
Tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun—
(a)
tiada prosiding selanjutnya boleh diambil dan tiada pendakwaan boleh dimulakan terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun telah dibuat; dan
(b)
apa-apa barang, buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilepaskan tertakluk kepada syarat yang boleh dikenakan selaras dengan syarat kompaun.
(5)
Apa-apa wang yang diterima oleh Ketua Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
(6)
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran kompaun tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pendaftar, maka pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
Memulakan dan menjalankan pendakwaan