Malaysia legislation

Section 11

of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)

Seksyen 11

(a)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Lembaga atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama

Lembaga atau Institut;

(b)

jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai anggota Lembaga;

(c)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

(iii)

suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

(d)

jika dia menjadi bankrap;

(e)

jika dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya; atau

(f)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada

Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran

Menteri.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan sebab bagi pembatalan itu.

Mesyuarat Lembaga

Section 11 — AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)