Malaysia legislation
Section 12
of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)
Seksyen 12
(2)
Kuorum Lembaga ialah tujuh.
(3)
Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Lembaga terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(4)
Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(5)
Apa-apa minit mesyuarat Lembaga yang dibuat boleh, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengannya minit mesyuarat telah dibuat hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 865
Penzahiran kepentingan