Malaysia legislation

Section 2

of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Institut” ertinya Institut Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Institut yang dilantik di bawah subseksyen 20(1);

“Kumpulan Wang Rizab” ertinya Kumpulan Wang Rizab yang ditubuhkan di bawah seksyen 24;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 865

“Kumpulan Wang Simpanan Bercarum” ertinya Kumpulan Wang

Simpanan Bercarum yang ditubuhkan di bawah seksyen 25;

“Lembaga” ertinya Lembaga Institut Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi;

“tahun kewangan” ertinya tempoh dari 1 Januari hingga 31 Disember dalam sesuatu tahun.

Section 2 — AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)