Malaysia legislation

Section 3

of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)

Seksyen 3

(2)

Institut adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

(3)

Institut boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(4)

Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Institut boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih yang boleh menjadi terletak hak pada Institut melalui pembelian, atau melalui apa-apa pertukaran, pemberian, derma, pajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;

(c)

memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menjual, menggadaijanjikan, memajakkan, menukarkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

9

membuat urusan mengenai, apa-apa jenis harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada Institut atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Institut; dan

(d)

menjalankan, melaksanakan dan menunaikan, mengikut peruntukan Akta ini, semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan, diperuntukkan atau dikenakan ke atas

Institut oleh peruntukan itu.

Meterai perbadanan Institut

Section 3 — AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)