Malaysia legislation

Section 7

of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)

Seksyen 7

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai Timbalan Pengerusi;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 865

(c)

Ketua Pengarah Institut;

(d)

seorang wakil Perbendaharaan;

(e)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan koperasi;

(f)

seorang wakil Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia

Berhad (ANGKASA);

(g)

enam orang yang mewakili pergerakan koperasi; dan

(h)

tiga orang lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam perkara yang berhubungan dengan pembangunan, pengoperasian atau kesejahteraan Institut.

(2)

Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(a), (d), (e),

(f)

, (g) dan (h)—

(a)

hendaklah dilantik oleh Menteri selama tempoh tidak melebihi dua tahun; dan

(b)

layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya.

(3)

Seorang pegawai kanan Institut hendaklah dilantik oleh

Lembaga sebagai Setiausaha kepada Lembaga tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi.

(4)

Anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (1)

(a)

, (d), (e), (f), (g) dan (h) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.

(5)

Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(a),

(d)

, (e), (f), (g) dan (h) terhenti menjadi anggota Lembaga, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.

(6)

Tertakluk pada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

13

Kehilangan kelayakan daripada menjadi anggota Lembaga

Section 7 — AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)