Malaysia legislation

Section 6

of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)

Seksyen 6

Institut hendaklah, tertakluk pada peruntukan Akta ini, mempunyai kuasa untuk—

(a)

menganugerahkan diploma, sijil dan kelayakan yang setaraf kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang dikendalikan oleh Institut dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atau sebagaimana yang ditetapkan;

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

(b)

memulakan dan menganugerahkan biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah dan bentuk lain bagi kepujian, anugerah atau bantuan berkenaan dengan latihan, pendidikan dan perkhidmatan berasaskan pengetahuan yang disediakan oleh Institut;

(c)

memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga;

(d)

memasarkan atau mengkomersialkan perkhidmatan, dapatan penyelidikan dan keluaran Institut;

(e)

meminta dan menerima apa-apa fi sebagaimana yang boleh dari semasa ke semasa ditentukan oleh Lembaga atau sebagaimana yang ditetapkan;

(f)

melakukan apa-apa perkara, sama ada atau tidak yang bersampingan dengan kuasa yang disebut dalam perenggan

(a)

, (b), (c), (d) dan (e), yang boleh dilakukan bagi pengembangan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib dalam Institut; dan

(g)

menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancang atau dijalankan oleh Institut dengan kelulusan Menteri

Kewangan.

Section 6 — AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)